May 5, 2011

Entri Mahu Ambil Tahu Hal Dunia. Sama Seperti Bloggers Yang Lain - Duh!!!!


Nampak!
Cepat benar Bingbong kemaskini.
Tanda mahu bergiat aktif juga.
Tetapi janganlah kau ingat sebab mahu untung pula.

Ini sebab Bingbong mahu beritahu satu hal. Ini setelah mengambil kira muka hadapan akhbar dan blog-blog ikutan masyarakat yang tidak habis-habis cerita pasal hal ini. Maka Bingbong mahu cerita juga.

Osama Bin Laden telah selamat dikebumikan di dasar laut.
Mahunya tidak? Pasukan Suka-Serang-Negara-Orang campak jenazah arwah dengan pemberat sekali ke dalam laut.

Entah betul entah tidak.

Bingbong tidak ambil pusing sangat pun.
Ada yang menyalak sana sini.
Kecoh gambar arwah tidak telus. Hasil sentuhan Adobe Photoshop gamaknya.
Yang tukang sebar balas - gambar terlalu ngeri untuk paparan umum. What?

Dude!

Recently, banyak sangat laman sesawang tayang gambar lucah - ngeri - ngilu bagai. Even J.F. Kennedy punya gambar pun kau boleh save dalam My Picture.

Ahh!

Bingbong lebih suka join pasukan anggap Osama Bin Laden tidak pernah wujud. Yang anggap ini semua rekaan Ah-mereka - mahu conteng arang ke muka muslim.
Bunyi seperti indenial tetapi begini lebih mudah.
Tidak perlu fikir hal-hal gambar asli atau tidak.
Tidak pula rasa ralat kalau Osama masih hidup.

Tok Nik ucap selamat dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Ini lebih afdal daripada sudut Islam.
Encik Det bidas terus pendekatan Ah-mereka. Lantang tidak kira usia. Ini Bingbong setuju!
Daripada yang menikus setuju tanda jilat punggung. Takut-takut nama negara naik dalam list untuk diserang.

Begini - kalau sudah dicampak ke laut - buat solat jenazah ghaib sahaja. Kesian jenazah juga kalau asyik tuding jari sana sini.

Nampak?

Ini baru satu hal - sudah panjang sehelai kertas kajang. Belum sentuh hal media mahu tukar penggunaan OKU kepada makna baharu. Tidak masuk isu berbangkit seperti Pasukan Puan Isteri diharuskan buka akaun Twitter untuk kempen 1000 follower. What again?

Phew! Mungkin boleh bawak ke entri hadapan.

Ini pun kalau kau mahu ambil tahu.


p/s: Al-Fatihah kepada Osama Bin Laden walaupun dalam tidak mahu percaya


No comments:

Post a Comment