Perangai Bingbong sekarang makin menjadi-jadi.
Hari-hari ada connection dengan internet.
Hari-hari mahu taip www diikuti dengan alamat laman sesawang juga.
Tetapi hal ehwal kemaskini ruang - memang Bingbong seperti acuh tak acuh.
Macam mana mahu dapat title Dato'?
Ini semua salah Nasi Lemak waktu sekolah rendah dahulu. Sudahnya Bingbong jadi lemak mahu tulis segala.
Zaman sekarang ini memang macam-macam isu boleh bawa berbincang.
Merepek tidak kena tempat.
Sampaikan Bingbong tiada masa mahu menulis. Kalau sudah banyak sangat mahu dibincangkan - waktu bila mahu tulis pula?
Maka, ini adalah titik mula untuk Bingbong kembali. Anggap sahaja bulan April tidak pernah wujud dalam ruangan ini.
Tetapi Mujur Nuffnang tidak sponsor. Boleh juga bersenang-lenang sambil fikir hal-hal lain.
Ini tidak - mahu tidak mahu kau kena juga tulis. Asal boleh sahaja kau mahu merepek. Kalau tidak tulis nanti Nuffnang tarik sponsor pula.
Siapa suruh buat perjanjian dengan Nuffnang - padan muka!
Jangan sampai kau kena pakai baju kalis peluru sambil sumpah lakhnat sudah lah.
Macam-macam hal betul zaman sekarang.


No comments:
Post a Comment