May 13, 2011

Kencing Kalau Sudah Manis - Kau Sudah Tiada Masa Mahu Kawal Semut Yang Datang Hurung! Insaf Lah Lekas!!!


Bingbong dengan Batu Karang macam pen-pal.
Jarang-jarang sekali dia datang menjengah.
Kali terakhir bersua pun - 3 tahun lepas.
Ada satu tahun tu - 2 kali bertemu. Rindu sangat gamaknya.
Bila sudah berjumpa, mahu kena bersila jam 6.00 pagi. Cari posisi yang betul-betul ngam.

Dia ini bangsa datang melawat sambil kejutkan Bingbong tidur juga.
Ikut sedap dia lah. Selalunya awal pagi.
Cuma masa first date dulu sahaja hendak hampir rembang.

Ini semua sebab sikap pilih kasih Bingbong terhadap air suam. Tahan kencing tu ada lah sekali dua.
Berbuih mulut juga mulut Puan Isteri kasi nasihat.
Bingbong buat endah tidak endah.

Dalam satu hari - nescafe sudah macam solat. Cuma kadang-kadang tidak cukup 5 gelas.
2 gelas adalah perkara pasti.
Kau jangan macam-macam. Kalau datang mood insaf, ada juga Bingbong minum air Barli.

Tabiat minum air manis memang Bingbong jaga setiap hari.
Tetapi Bingbong ambil pusing juga tentang penyakit akibat benda manis ini.

Moga tekak Bingbong boleh terima air suam sebagai air wajib minum 8 gelas sehari.

Bingbong cuba ya!

Tetapi kalau benda manis macam Nina Debrov.

Bingbong ada rasa belah bahagi juga mahu tolak.

Ini semua salah 8TV.

Phew!


No comments:

Post a Comment