Apr 5, 2010

Bingbong Mahu Sarung Legging Warna Pink Dan Harus Fokus Dengan Kehidupan Juga. Main-Main Betullah!


Kau tahu tak?

Mari sini Bingbong kasi tahu. Bukan apa-apa pun. Hari ini benar-benar menguji kesabaran Bingbong.

Bingbong kan telah terjebak dalam bidang cop-cop baju - maka aktiviti bergelumang dengan kain-kain cotton ini adalah perkara biasa. Mereka bukan penyebab Bingbong bebai. Sentuhan mereka kadang-kala lembut juga. Kau patut cuba.

Betul. Bingbong tidak tipu.

Kisahnya terjadi siang tadi - Bingbong telah pun aturkan temujanji bersama pelanggan. Ada yang mahu rasai sendiri kelembutan tekstil-tekstil buatan kapas ini dan ada yang mahu sekadar tenung rupa Bingbong. Bingbong tipu sahaja tetapi mungkin juga.

Sampai sahaja di aras 3 maka bertemulah Bingbong dengan pintu kedai leher bulat. Gagau punya gagau - gumpalan kunci tidak jumpa pula. Kalau setakat naik tangga goyang semua anggota yang ada, Bingbong pejam mata sahaja.

Ini 60 helai baju buatan kapas 100% digalas atas bahu dari ground floor lah. Macam mahu humban sahaja kumpulan tekstil ini ke bawah.

Damn it betol!!

Dengan segera Bingbong ke kedai mamak belakang sambil order meggi goreng satu. Berbekalkan kemahiran berfikir dengan pantas, Bingbong ambil keputusan untuk jenguk kedai orang. Berkira-kira mahu berniaga secara usahasama. At least tindakan bergerak dari Sri Damansara adalah tidak sia-sia. Sampai sahaja depan kedai orang - tahap bebai Bingbong seperti snowball. Makin membesar. Kedai orang itu tutup lah. Mungkin taukeh kedai ini sudah memandu Alphard barangkali. Standard orang kita. Sudah kaya - mahu main-main pula.

Tanpa berfikir secara perlahan sekalipun, Bingbong tujui tempat tinggal sahaja. Lebih mudah.

Sebelum naik anak-anak tangga sengsara - Bingbong berpaling ke arah kereta.

Pling!

Di bawah paras waras, Bingbong nampak ada paip getah di corong tempat isi minyak dan mengalirlah keluar petrol-petrol mewah daripada kereta Bingbong.

Buang petrol betul lah hari ini.


Dan hari bebai Bingbong diakhiri dengan something nice. At least itu yang membuatkan Bingbong gembira tatkala melihat Puan Isteri menyarung legging baru yang Bingbong beli.

:) Bingbong mahu senyum sampai esok pagi.


Kau apa tahu?


1 comment:

  1. legging bakal menjadi attire wajib buat masa kini dan beberapa bulan yang mendatang :)
    selesa & stylo.hehe.
    thanks shayangku. saya sangat suka!

    ReplyDelete