skip to main |
skip to sidebar
Big Guy Ada Rencana Untuk Kau Orang Semua - Tidak Boleh Main Padam-Padam Pakai Pemadam.
Selain daripada meratapi kehilangan arwah Din Beramboi - hari ini adalah hari raikan cinta buat sepupu Bingbong.
Terasa seperti masa menginjak dengan laju juga.
Seperti kelmarin dahulu sahaja Bingbong bermain bola sepak menggunakan bola tenis dengan sepupu Bingbong ini. Ketika warna kulitnya masih putih.
Sekarang, dia sudah banyak janggut. Macam Aqasha pula. 3 kali lafaz, maka bersatulah mereka atas janji-janji cinta.
Bingbong percaya kepada jodoh. Ia sudah tertulis. Maka kau harus terima.
Dan jangan dipertikai paras rupa. Usia dan harta juga. Jika itu jodoh kau - maka nikahilah dia.
Kalau kau banyak sangat 'kalau', hidup seperti susah-susahlah kawan.
Apa yang bakal datang itu misteri. Mungkin sebagai teka-teki daripada Big Guy untuk kau dan pasangan kau figure it out dan tempuhilah bersama.
Mulut orang bukan macam mulut sendiri. Boleh jaga-jaga tutur kata. Mereka bukan siapa-siapa pun. Mungkin kau harus ambil kira juga kata-kata mereka. Yang penting, ikut kata hati dan kau mestilah ikhlas.
Untuk penutup - ucapan terima kasih buat arwah Din Beramboi yang mampu buat Bingbong ketawa berdekah-dekah sepanjang kerjayanya sebagai pelawak.
Moga rohnya dicucuri rahmat. Ini janji Big Guy untuk kita semua juga.
Sekarang kau pergi bertafakur selama 1 minit dan jangan lupa sedekah Al-Fatihah juga.
Tetapi mestilah ikhlas - Ingat itu!!!
No comments:
Post a Comment