Apr 13, 2010

Physically And Mentally Fatique Sama Dengan Ubat Tidur Terbaik Tanpa Perlu Berhingus-Hingus!


Sabtu lepas seperti menjadi-jadi dalam hidup Bingbong.

Bangun seawal 6.30 pagi dan bersiap-siap berpakaian kemas juga.

Mahu ke manakah?

Bingbong mahu shoot pergi Mardi lah. Mahu kasi jawab soalan-soalan syaitan.

Mengapa syaitan kah?

Kerana soalan ada beratus-ratus dan memberi pilihan jawapan seperti YA atau TIDAK - KERAP - KADANG-KADANG - SETUJU - SANGAT SETUJU.

Mudah tetapi jari Bingbong tahu lenguh juga.

Sudahlah bermula lambat satu jam. Mahu bikin ramah-ramah cakap macam-macam.

Kau lah yang macam-macam weh. Jam tiada. Pembesar suara untuk satu seksyen sahaja tetapi bunyi dengar untuk semua.

Bingbong confuse lah begini.

Dan ramai yang datang bertemankan hujan renyai tetapi tersadai di luar dewan.

Bagaimana kau orang atur? Bunyi macam sudah lama anjur peperiksaan khas begini.

Sudahnya Bingbong tamat lewat satu jam daripada masa yang tertulis dalam surat panggilan.

Mahu harung jalan huru-hara lagi. Kau tahu bukan - kalau sudah namanya perlawanan akhir, pasti jalanraya jadi kelam-kabut. Ruang parkir macam susah-susah sahaja mahu cari.

Sebelum tiba stadium - mahu sesat pula.

Mujur Encik Insaf masuk exit kebetulan. Maka simpan sahaja kereta beliau di Stesen LRT.

Bayar 70 sen - nah! sampai disambut bunyi pon-pon dan lautan warna hijau - kuning - merah - hitam.

Selesai aksi loncat-loncat dan terpekik-terlolong, Bingbong pulang bangga.

Bukan kerana kalah penalti.

Kerana Bingbong masih mampu lepak sebentar bersama kawan-kawan dan menggunakan sisa-sisa tenaga akhir dengan merenung wajah buah hati pengarang jantung sebelum tidur tanpa banyak bicara :)


Sudahlah! Bingbong mahu tidur.


Nitey Nite Dynomite!!


No comments:

Post a Comment