skip to main |
skip to sidebar
Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang Ke Ruang Bingbong Versi Realiti
Bingbong mahu ucap Helo kepada kau sempena kehadiran 2010.
Tahun 2010 seperti sangat istimewa kerana masuk sahaja ke tahun ini - Bingbong sudah mula ada ruang sendiri.
Mungkin tidak seperti Ruang Bingbong tetapi ruang sendiri untuk Bingbong dan Puan Isteri.
Kalau kau tidak faham - duduk diam-diam. Ini hal rumah lah. Mungkin begitu lebih mudah.
Jadi, Bingbong ingin mempelawa kau ke rumah Bingbong jika kau ada masa lapang dan begitu juga jika Bingbong ada masa terluang.
Tidak perlulah bawa apa-apa pun. Cuma jika kau tidak mahu panas dan berpeluh. Bawakan tukang elektrik untuk pasangkan kipas di ruang tamu Bingbong.
Dan jika kau tidak mahu mendengar radio sahaja sepanjang hari - pergi beli TV dan hadiahkan kepada Bingbong. Bingbong bukan manusia memilih pun. Bingbong terima sahaja.
Yang penting 29 inchi ke atas.
Bukan apa-apa pun, cuma mahu kau puas hati bila menonton. Biar bola Nike yang disepak oleh mereka itu tampak lebih jelas. Bingbong menitik beratkan elemen kepuasan kepada semua tetamu yang datang.
Terima Kasih.
Moga kau cepat-cepat belikan Bingbong TV!!
p/s: Bingbong mahu ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu sempena Majlis Pecah Dara Ruang Bingbong Versi Realiti tempoh hari
yup..thanks gazillion to semua kesayangan dan kekawanan yang membantu tetapi saya masih dalam mode teruja dengan ruang baru dalam kamus hidup iaitu - DAPUR!yeahhh...huhu.
ReplyDeletep/s: sila rujuk entree baru ;p