Jan 11, 2010

Bait Kata Mampu Beri Orgasm Juga Dan G-Spot Is So Dead!


Ah!

Bingbong mulakan dengan prosa tidak senang hanya kerana Bingbong keliru tentang pilihan semalam.

Kau tahu tak semalam adalah malam lagu-lagu bertanding?

Tetapi tidak kisah lah siapa menang pun.

Bingbong cuma teruja dengan penulis lirik sahaja. Jangan kata Bingbong tidak hormati penggubah lagu pula. Mereka semua hebat juga.

Entah kenapa Bingbong seperti teruja dengan Arwah Loloq yang menulis lirik begini bunyinya

'Cinta Adam dan Hawa - Terbit di Syurga - Tenang di Jiwa'

dan Amran Omar untuk lagu Pergi

' Sayu - Terpisah -Hikayat Indah Kini Hanya Tinggal Sejarah'

dan

' Kaulah Laguku - Kau Irama Terindah - Tak Lagi Kudengari'


Ok cukup!

Ini antara bait-bait lirik yang mampu buat Bingbong terkedu dan kagum juga.

Tidak perlulah berperang mulut tentang hal isu Arwah sedikit sebanyak memainkan peranan penting dalam pemilihan lagu terbaik dan Dato Seri Bahasa Melayu juga atas dasar 123Malaysia sekalipun ini seperti make sense.

Bingbong hanya mahu lirik-lirik terpaku seperti ini terus memaku halwa telinga Bingbong.


Sekian.

Bingbong mahu tulis lirik untuk lagu Patriotik negara Uganda.

Kau mahu cuba menyanyi?


No comments:

Post a Comment