skip to main |
skip to sidebar
Moral Untuk Subjek Pendidikan Moral Adalah Perlu Ada Pendidikan
Bingbong pulang jam 3.15am pagi tadi.
Ini semua angkara filem pelik-pelik - Avatar.
Puan Isteri tidak habis-habis dengan pujian menggunung. Nasib baik Bingbong tidak dihalau tidor di luar.
Bingbong ok sahaja. Mungkin kurang berminat dengan cerita fiction begitu.
Sudahnya - beberapa kali Bingbong terlelap. Itupun terjaga akibat kesan bunyi yang kuat.
Bingbong bukan tidak suka pun - cuma tidak mudah turn on dengan cerita yang berasaskan Computer-Generated Imagery aka CGI melampau. Tetapi ikut suka Sang Pengarah lah. Itu hak beliau. Plus ramai sahaja penonton yang mencapai tahap klimaks dengan bentuk-bentuk CGI.
Cuma konsep dan jalan cerita ini sangat klise. Ada pihak yang memulakan sesuatu tindakan lalu tersedar dan bersekongkol dengan pihak yang ditindas pula. Akhirnya yang paling jahat masuk neraka.
Biar semua kata cerita Aldo The Apache tempoh hari tergolong dalam cerita bosan dan banyak sangat cakap juga. Bingbong tetap suka. Kau cuba lihat watak yang dibawa oleh Mr. Brangelina itu. Terbaik! Dan jangan kau kata Bingbong 'sesuatu' pula. Ini daripada sudut filem lah.
Mungkin filem semalam boleh dicampak ke dalam kategori santapan ringan dan menghiburkan juga. Kau tidak perlu fikir teruk untuk faham. Janganlah sentuh hal CGI mereka. Memang berat pun. Itu kerja mereka.
Kerja kau?
Hanya perlu pergi ke kaunter dan bayar rm10 sambil kencing sepuas-puasnya sebelum menonton.
Takut kau diserang batu karang jenis 'Tarok Macto' pula.
Nampak! Bingbong sudah terbawa-bawa dengan dunia fantasi jahanam mereka :p
No comments:
Post a Comment