skip to main |
skip to sidebar
Rancangan Lucah Di Negeri Orang, Rancangan Sampah Di Negeri Sendiri - Lebih Baik Rancangan Lucah Di Laman Web Percuma. Uhh Ahh!!
Anggap sahaja entri kali ini adalah kesinambungan entri sebelumnya.
Anggap sahaja lah. Jangan tanya macam-macam pula.
Kerana Bingbong sudah semak dengan rancangan tayangan percuma. Tidak habis-habis dengan lakonan perpaduan yang kaku, nyanyian patriotik lemah dan macam-macam hal lagi lah. Kau patut tonton dan pegang dada lalu tanya diri kau sendiri - 'ada rasakah?'
Sepanjang tempoh 'seksaan' ini - Bingbong terpaksa bertukar-tukar saluran demi menjaga kesucian dan mengelakkan dosa-dosa kering akibat daripada menonton secara terpaksa.
Bukan Bingbong tidak hargai cuma cubalah untuk sumbangkan sesuatu yang ada kualiti. Yang ada faktor wow juga. Kerahlah sedikit otak kau wahai pengarah atau penerbit atau sesiapa sahaja. Bingbong kenal sangat dengan Dato Seri Bahasa Melayu. Walaupun tidak kenal secara bertukar nombor telefon tetapi dapat baca semangat dan sikap beliau yang mahu serapkan semangat macam-macam dalam diri kita.
Itu suatu usaha yang Bingbong suka juga. Dato Seri Bahasa Melayu memang sangat memartabatkan Bahasa Melayu dan suka menggunakan televisyen sebagai medium utama. Modus operandinya cukup bagus tetapi produk yang ditayangankan cukup hangus. Macam tahi!!
Bukannya Bingbong pandai sangat cuma ini yang Bingbong rasa dan kau juga mampu menilai.
Jika kau buka saluran 2 milik pemerintah - sebelum jam 7 malam - kau akan nampak pasukan koir versi CEO ramai-ramai menyanyi. Ini Bingbong suka. Walaupun set studio agak kampung tetapi idea menggunakan CEO-CEO adalah idea yang bijak. Ada rasa lah juga.
Betul!
Cubalah tengok.
Nampak! Bingbong bukan double standard kepada rancangan-rancangan tempatan pun apatah lagi saluran pemerintah. Cuma perlu berusaha untuk berfikir sedikit sahaja.
Kau tahu ada drama bertajuk Na O Mei?
Itu biasa sahaja.
Kau tahu ada drama bertajuk 'Captain Barbell'?
Hah! Bingbong tahu ok.
Untuk pengetahuan kau, Captain Barbell sedang terlantar di hospital. Darah beliau bersinar-sinar.
Sekarang Bingbong mahu pergi melawat Captain Barbell.
Ciao!!!
Kau mahu kirim salam?
No comments:
Post a Comment