Jan 27, 2010

Bingbong Mudah Lupa - Lupa Beri Salam Berangka!


Assalamualaikum dan Salam 296 Hungary!

Bunyi seperti tahi bukan?

Bingbong tidak faham kenapa ia seperti wajib. Ini semua kesan daripada tindakan agak lewat stesen TV berbayar datang memasang periuk ajaib di rumah Bingbong.

Sudahnya Bingbong asyik menonton ucap tama dan berita-berita yang ada salam pakai nombor ini.

Dahulu sewaktu Bingbong pergi menjadi konon-konon daddy kepada anak buah Bingbong untuk majlis graduasi tadikanya - ada seorang mak cik ini turut beri salam nombor-nombor seperti ini. Sudahlah lambat - mahu ucap panjang-panjang pula. Jengkel betul lah.

Sekarang -Bingbong terasa seperti bebas. Telinga seperti suci juga. Tiada lagi salam-salam angka. Yang tinggal hanya angka keputusan perlawanan. Yeah!

Dan semalam juga untuk pertama kalinya Bingbong tonton acara sepak-sepak bola di rumah sendiri. Sampai Bingbong terjaga akibat dikejutkan Puan Isteri. Sudah boleh tengok mahu tidur pula.

Apa-apa pun, Bingbong tetap merindui rancangan-rancangan yang menemani Bingbong waktu duka dahulu.

Bingbong rindu sama Nigina dan Captain Barbell. Ia terjadi seperti semulajadi. Apabila saluran sudah banyak - kau mula mahu tukar-tukar saluran pula. Maaf deh!

Sekian, Salam 2-0 Manchester City!

Cis! Buruk betul lah!


No comments:

Post a Comment