skip to main |
skip to sidebar
Rancangan Jelek Mampu Beri Kau Jet Lag
Semenjak dua menjak ini, Bingbong seperti mahu macam-macam.
Nafsu sudah mengalahkan jin dalam botol.
Nafsu makan jangan dibincangkan lagi. Bingbong tahan sahaja supaya tidak menjamah nasi. Sekali-sekala tu ada lah. Kes sebegini memang tidak dapat dielakkan. Kalau Encik Menteri, beliau akan bilang kes-kes terpencil.
Apahal kes terpencil?
Kasi jalan siasatan lah. Semua kes kena beri layanan sama rata juga.
Ok!
Berbalik kepada kes hawa nafsu Bingbong. Gajet bernama telefom bimbit juga menyerang nafsu Bingbong. Kau tahu bukan kisah Cik Anne tempoh hari.
Bingbong seperti ada rasa rindu kepadanya. Tetapi baru-baru ini, lain pula cerita.
Cik E! tiba-tiba muncul dan sifat-sifatnya ada sedikit sebanyak sama seperti Cik Anne. Ini bukan Cik E! yang suka gosip-gosip liar penduduk Hollywood. Itu kegemaran Puan Isteri juga. Wanita dengan gosip seperti datang bulan. Sebulan mesti sekali.
Jika disentuh hal sukan pun sama juga. Kasut futsal bertapakkan getah kuning menjadi idaman Bingbong. Ini kalau sarung boleh rembat kepala Encik Goalkeeper tanpa belas kasihan. Sambil pakai waktu acara mingguan LDP Super Series bersama teman-teman.
Maka Bingbong jadi buntu dan Bingbong lepak sambil layan televisyen tidak berbayar setiap hari tanpa ada rasa peduli.
Sudahnya Bingbong sudah terbawak-bawak dengan impak saluran pemerintah.
Kau ada sari? Bingbong mahu pinjam.
Sebab Bingbong teruja dengan Jac Victor saat beliau menutup persembahan nyanyiannya.
"Budi Bahasa....Budaya Kita...aaaa....aaaa" dup dup dup dup dup*serentak dengan bunyi drum yang bersemangat lalu berhenti secara tiba-tiba.
Bingbong rindu sama Colette Wong. Tidak pun, Rashid Salleh jadi lah
Pleashe :(
Penat doe!
No comments:
Post a Comment