Feb 2, 2010

Kotak Kasut Berhabuk Kalau Kau Buka - Pasti Ada Yang Mencengkam Juga. Sigh!


Bingbong pergi rumah mertua atas tujuan mahu bawa Encik Mertua pergi urusan ubat-ubatan orang mata sepet.

Sampai sahaja rumah mertua - mata Bingbong jadi sakit.

Atas meja ada something yang pernah Bingbong miliki.

Hati seperti diragut juga - seperti kau lihat buah hati kau berdamping dengan lelaki lain.

Erghh!! Mujur Bingbong masih ada Puan Isteri.

Maka Bingbong hanya mampu pegang-pegang dan tekan-tekan sahaja.

Oh Cik Anne.

Yang paling Bingbong terasa hati ialah tindakan menghantar update Cik Anne ke telefon bimbit Bingbong oleh nombor ini: 62002. Apa lagi kau nak beritahu Bingbong ha?? Cik Anne sudah kena kebas pun.

Sudah-sudah lah!

Jangan mainkan perasaan Bingbong lagi weh

Bingbong sedih lah macam ini :(


No comments:

Post a Comment