skip to main |
skip to sidebar
Alor Setar Hampir-Hampir Dihujani Salji Suci - In My Dream!!
Bingbong sedang menikmati saat-saat akhir di teratak bonda. Masih mahu ucap 'Selamat Hari Natal' khas kepada Encik Santa.
Dua hari lepas, sesudah tiba di tanah kelahiran pokok-pokok padi - Bingbong dikerah mencari rumah. Again!
Bukan untuk Bingbong lah. Rumah Bingbong nun di kota sana. Kota penuh helah dan tipu daya.
Ini habuan Puan Bonda dan Encik Papa. Mereka harus tinggalkan teratak ini. Ini semua kerana hal-hal jual beli tanah. Kau tiada wang - kau berambus! Ini tanah aku.
Cis!
Maaf Puan Bonda, Bingbong tidak punya uang berjuta. Kasihan Encik Papa juga. Aktiviti agama beliau seperti jauh pula.
Maka Bingbong berharap agar mereka akan tetap temui teratak pengganti yang lebih cozy (sekarang punya boleh tahan bahang) dan berlokasi di sekitar bandaraya makan-sampai-gendut ini. Tetapi panas bukanlah sampai tahap neraka pun. Inipun Bingbong jangka sahaja. Bolehlah setakat basahkan kulit kepala Bingbong dengan peluh untuk satu sessi santapan akhbar harian.
Kau rasa kau boleh handle tak?
Sekarang pun Bingbong biarkan peluh meleleh jatuh kerana Bingbong sedang ber'bareback' sambil menungu giliran mahu mandi.
Sudahlah! Giliran pun sudah sampai. Bingbong mahu mandi dan keluar layan movie.
Apa kau ingat Alor Setar cuma tayang wayang kulit sahaja?
Ustaz Koolio masih beri peluang untuk rakyat jelata berhibur. Tetapi berpada-pada lah.
Kan Ustaz kan?
"Yup" jawab Ustaz Koolio.
See. Told cha!!!
No comments:
Post a Comment