Dec 16, 2009

Cantik Macam Batang Betik Tetapi Bijak Macam Nak Kena Pijak!


Bingbong terkilan setelah menghadam satu entri hidangan 'superstar'.

Sangkaan Bingbong bahawa kau adalah manusia sempurna ternyata meleset.

Tetapi tidak mengapa. Kerana kita berdua tiada apa-apa kaitan lah.

Cuma Bingbong rasa macam tidak berapa sedap hati. Lebih tepat - mual!

Bingbong tahu kau cantik segala. Bijak pandai juga. Tetapi tidak perlulah bersemangat konon-kononnya kau kecewa. Walhal jika mengikut akal manusia waras, kau amat bijak.

Mungkin nada kau seperti bergurau tetapi wahai cik adik, dunia ini seperti ujian penilaian. Mungkin orang akan beranggapan yang kau adalah manusia tidak tahu bersyukur. Bingbong bilang mungkin. Jadi janganlah marah dulu.

Mengambil nilai-nilai positif di dalam diri Bingbong, Bingbong anggap kau masih muda. Terbawa-bawa akal mentah dan kelaku hingusan kau. Tidak apa. Teruskanlah.

Terima kasih kerana menyedarkan Bingbong yang tiada manusia sempurna. Kejelitaan kau adalah dusta dunia yang mampu memesongkan prinsip hidup umat manusia. Bingbong hampir percaya bahawa kau adalah makhluk yang paling sempurna.

Moga Big Guy akan sentiasa merahmati hidup kau dan sekalian manusia.

Amin daripada Abang Bingbong!

1 comment: