Dec 11, 2009

Timor Leste Memang Pasukan Yang Lemah - Bingbong Juga Sama Dengan! Mereka Semua Juga!


Apabila Bingbong bercakap - tolong tengok sini.

Jangan kau mengada nak tengok tarikh entri ini.

Bingbong tahu sudah agak lama. Bingbong pun tidak tahu kenapakah. Seperti koma lalu terjaga dan terus rasa mahu tulis-tulis sahaja.

Mungkin disebabkan cerita sukan yang sama dan wajah politik yang tidak pernah berubah telah menjadikan hidup Bingbong seperti sangat dull. Tiada yang interesting juga.

Drama politik semakin menjadi-jadi. Kau tuding dia - dia tunjal kepala kau. Kau marah pula. Apahal weh?

Bingbong cuma ambil peduli hal orang kena ragut baru-baru ini. Kasihan doe! Si Suami meninggal di tempat kejadian pula. Haih! Kau boleh bayangkan hidup Si Isteri dengan anak-anaknya?

Hey Bangsat!

Kenapa kau BABI sangat kah?

Kalau orang ramai pukul kau sampai mati, keluarga kau mahu persoal macam-macam. Kau pernah dengar balasan tuhan?

Big Guy terlalu Maha Kuasa. Kau tidak boleh pertikai juga. Nanti terpesong akidah pula.

Tetapi Bingbong faham, kau cuma manusia biasa. Cuma Bingbong harap kau akan lekas sedar dan sesal dengan apa yang kau buat.

Dan seperti yang Bingbong katakan sebelum ini, seorang kawan telah pulang bersama baju I
NY -terus Bingbong rasa sayang mahu bakar. Ia seperti orang beri kau tahi, kau buang pula. At least buat baja lah.

Maaf! Bingbong sama macam Rohani Jalil juga. 'Aku insan yang lemah'

Duh!

No comments:

Post a Comment