skip to main |
skip to sidebar
Pundit Pun Masih Ada Rasa Ragu-Ragu Apa - Mereka Bukannya Tuhan!
Setiap kali menjelang hujung minggu, Bingbong pasti ada satu macam rasa gelisah.
Seperti mahu ditelan pun tidak. Mahu diluahpun rasa tidak juga.
Damn it!
Dahulu - waktu Bingbong masih makan gaji dengan Puan Bonda dan Encik Papa, Bingbong pernah rasa begini juga. Serta-merta berhenti belajar subjek jurutera gila dan melangkah kaki ke bidang urus makan dan tidur tetamu. Bukan apa-apa pun. Tukar bidang sahaja. Habis kena maki hamun segala. Encik Papa sudahlah menyelar tindakan Bingbong. Dipanjatkan pula rasa kecewa kepada sepupu Bingbong.
Tetapi itu kisah lama. Dan Bingbong sudah tebus dengan memberi beliau menantu yang not bad jelita :p Kira 0-0 lah wahai Encik Papa.
Berbalik kepada rasa dilema yang muncul secara mingguan seperti acara lepak-lepak di Kota Damansara, Bingbong seperti tidak rela juga buat setiap keputusan. Hinggakan masih sanggup gagahkan diri untuk ke premis yang menawarkan khidmat WiFi secara percuma pada hari Sabtu pagi. Kau fikir Bingbong tidak mahu rehat-rehat dengan Si Dia kah?
Dan jika kau tidak mahu hidup diselubungi rasa dilema ini, sila jangan daftarkan diri di laman web durjana seperti berikut - http://fantasy.premierleague.com.
Haram jadah punya fantasy. Walaupun kau rasa diri kau adalah seorang pundit.
Erghhh!!!
I UNDERSTAND & WISH TO CONTINUE READING BAADAABINGGBOONG'S BLOG.. huhuhu gud to have bingbong in the blog world.. ;P
ReplyDeleteand the kop menang malam tadi.yeay! :)
ReplyDeletenway, saya suka ayat yang ini
"Dan Bingbong sudah tebus dengan memberi beliau menantu yang not bad jelita :p Kira 0-0 lah wahai Encik Papa."hahaha.so shweeeet!
ns: bingbong says happy blogging to you :p
ReplyDeleteZahra: this is not pertandingan suka ayat :p tp mmg shweeet.huhu