skip to main |
skip to sidebar
Temujanji Dengan Bekas Supermodel Yang Patah Hati Hampir Bertukar Tragedi
Jika kau pernah dengar kisah dongeng perihal supermodel yang patah hati suatu ketika dahulu - hari ini seperti acara sambungan.
Tiga hari yang lepas, Bingbong hadiri temujanji dengan bekas supermodel yang patah hati.
Raut wajah dan susuk tubuh masih supermodel lagi. Cuma hati sudah tidak patah. Jangan tanya kenapa atau siapa. Dia sudah jumpa pengganti lah. Kenapa kau mahu sibuk pula?
Itulah kau, siapa suruh lambat. Kan sudah kena sebat.
Jika dahulu dia sekadar minum air. Sekarang kau rasa? Orang kalau sudah bahagia. Nasi rasa seperti gula. Segalanya mahu melantak. Cuma kali ini dalam kadar yang sedikit. Masih mahu jaga badan. Risaukan perkara lama berulang kembali. Itu Bingbong puji. Belajar dari masa silam.
Ok. Bekas supermodel beriya-iya mahu jadi guru. Kerja yang mulia juga cuma caranya kurang kena. Jika kau mahu buat kerja - biar ada rasa. Biar sepenuh jiwa. Bingbong sudah rasa kerja tiada jiwa. Rasa seperti kosong sahaja. Seperti mati dan kaku pun ada juga.
Niat baik bekas supermodel yang patah hati itu sebenarnya masih ampuh. Dan Bingbong takut tindakannya bakal memakan diri.
Ah! Beginilah wahai bekas supermodel yang patah hati, kau pergilah jadi guru. Taburkan ilmu buat anak-anak hingusan. Mungkin kau mampu beri tunjur ajar. Bingbong malas nak sentuh sistem pendidikan mana-mana negara sekalipun. Kerana akhir cerita kita semua tidak mungkin akan sama.
Bingbong doakan kau bahagia sampai hari tercabutnya nyawa kau. Nanti bila sudah bergelar pendidik, janganlah kau berhenti pula. Kerana Bingbong anggap kerjaya sebegitu cukup mulia.
Mana mungkin kau tolak tanggapan Bingbong kalau kau dilahirkan dan dibesarkan oleh dua orang mahkluk mulia bergelar guru.
Tetapi yang penting kau patut bangga dengan kedua ibu bapa kau. Walaupun mereka bukan seorang guru.
Faham??
Sudahlah. Tidak perlu bayar yuran kaunseling pun. Cuma tolong bayar 2 gelas nescafe ais Bingbong sahaja. Boleh?
No comments:
Post a Comment