skip to main |
skip to sidebar
The Happy Mr. Belly - Head Hunter Yang Gagal Di Hutan Konkrit !
Akibat acara lepak-lepak mahu ambil tahu perihal mata fantasy celaka, Bingbong pulang lewat hujung minggu lalu.
Sudahnya - Bingbong tersentuh hati pula. Jika kau seorang manusia, pasti ada rasa tersentuh hati apa.
Buka sahaja pintu rumah, Bingbong nampak Puan Mertua terbujur letih di atas sofa rotan. Hati Bingbong tangkap syahdu serta-merta. Mahunya tidak, kau sebagai watak menantu tidur lena atas tilam empuk milik IKEA dan Puan Mertua kau cuma berbaringkan kusyen yang bertahun-tahun usia.
So Bingbong mahu segera cari tempat berteduh sendiri dan semalam merupakan hari memburu rumah buat Bingbong dan Abang Negro. Kasihan juga Abang Negro. Dia seperti sangat membantu. Modus operandi kami sangat mudah - Bingbong tengok kiri dan Abang Negro perhatikan yang sebelah kanan. Mudah kan?
Tetapi kau jangan yup sangat.
Memburu rumah merupakan acara yang susah juga. Jika ada pun, pasti yang tidak menepati tetapan Bingbong. Jika dah menepati piawaian pula - sudah disebat orang. Damn it kan?
Kali ini kau wajar jawab yup. Kerana setelah gagal pada sessi siang - kami unjurkan acara ini ke malam pula. Kali ini di Kota Damansara dan oh ya! siang tadi di Kelana Jaya.
Seperti sumpahan - kami gagal lagi. Kau rasa?
Bingbong tidak patah hati dan terus segera ke rahsia anak rantau. Di sini lebih mudah.
Burp!
Mujur ada rahsia anak rantau yang sentiasa menepati piawaian Bingbong. Jika tidak - Bingbong anggap hidup Bingbong gagal selamanya.
s/p: Bingbong syak Si Dia memang mahukan rahsia anak rantau maka Si Dia beriya-iya mahu memburu di Kota Damansara.
Hahaha.Mr.BingBong memang sangat bijak meneka rasa hati si dia ;)
ReplyDeleteHey Bingbong, kau sudah gunakan kuasa dunia tanpa sempadan kah untuk mencari kawasan teduhan baru. Hanya perlu click saja. mudah.com pun mudah juga. Abe Negro kau boleh salurkan untuk carian fizikal.
ReplyDeletezahra:Bingbong terasa seperti dinoda.
ReplyDeleteJackie: Jackie chan kah?dah cari doe.tak jumpa..dang!!