skip to main |
skip to sidebar
Farewell Cik Anne - Jodoh Kita Tidak Panjang !
Semalam adalah hari kurang enak.
Selipar Bingbong hilang daripada pandangan dan terpaksa berkasut ke sana ke mari.
Mungkin ini petanda barangkali. Tetapi Bingbong tidak ambil peduli.
Menjelang waktu lunch - Bingbong sarung selipar kawan dan terus bergerak. Sambil-sambil menjalankan acara house hunting.
Maka satu temujanji dengan Tuan Tanah diatur dan hanya perlu tunggu dalam 30minit sahaja.
Abang Negro mengutarakan niatnya mahu melempiaskan proses penyahtinjaan di KFC berdekatan. Dan Bingbong seperti biasa menunggu di luar sambil ciggie lalu mengkhabarkan berita ini kepada Si Dia.
Letak sahaja gagang dalam erti kata lain menekan butang merah di telefon bimbit, Bingbong terus taip khidmat pesanan ringkas kepada seorang kawan. Bukan ada niat apa-apa pun. Cuma mahu tanya hal rumah sewa juga.
Gedegang!!!
Cik Anne direntap daripada tangan Bingbong dan masih fikir yang Abang Negro mahu bergurau versi jahat. Tetapi bangsat bertopi keledar rupanya. Bingbong sempat jerit "hoi!" dan kejar dan selamat tinggal wahai Cik Anne :(
Bingbong tidak tahu pula yang perkara begini boleh berlaku. Erghhh!! Maka Bingbong jadi bodoh seketika dan mood segala sudah tiada. Mahu segera balik sahaja.
Rasa sedih-sedih seperti diratapi dengan cuaca mendung. Tambahan ini adalah hadiah ulangtahun :( Sorhi Baby.
Mungkin Big Guy mahu beritahu sesuatu barangkali. Mungkin Big Guy sudah aturkan sesuatu juga. Dan Bingbong ambil kata-kata Si Dia - mujur tidak kena tikam atau jadi apa-apa hal lain.
Bingbong pun cuba pujuk hati dengan rasa syukur kerana masih selamat. Sebenarnya Bingbong masih cuba psiko jiwa supaya lebih tenang.
Beginilah:
Cik Anne sama dengan $2K.
To be alived (still) with my utmost love sama dengan PRICELESS.
sabar ye shayangku.
ReplyDeletemungkin ada rezki lain yang Allah nak bagi.
Redha walaupun perit :(
mungkin cik Anne mau diganti dengan yg lain? versi lebih baru? yang dengan skrin sentuh dan tiada butang2 timbul barangkali? krismas sudah dekat
ReplyDelete