skip to main |
skip to sidebar
Technically Naked Bererti Keluar Penuh Nekad!
Setelah beberapa hari bercerai badan dengan Cik Anne, Bingbong seperti mendapat kembali semangat untuk hidup. Walaupun kadang-kadang ada terimbas juga saat itu. Dan jika ini berlaku, cepat-cepat Bingbong kembali ke realiti.Pedih weh!Hari ini Bingbong di rumah tinggi mewah sewaan rakan-rakan. Sejak pagi tadi lagi sudah ada di sini dan bakal bermalam di sini pula.Sebenarnya Bingbong ditinggal Si Dia atas tuntutan kerja berkaitan hal-hal wanita. Maafkan sahaja lah. Mereka insan yang lemah. Perlu perhatian juga.Kau tahu tak yang sekarang Bingbong terasa seperti tidak senang duduk. Walhal perkara remeh begini tidak perlu ambil tahu sangat pun. Biarkan sahaja.Tetapi Bingbong tetap rasa seperti panas punggung. Macam satu rasa tidak complete. Macam pergi masjid pakai seluar pendek. Janggal juga. Seperti kau berjalan ke majlis ramai wanita cantik tanpa menutup zip seluar. Tidak selesa bukan?Namun Bingbong tetap nekad petang tadi untuk keluar makan-makan dan lepak kecil bersama kawan-kawan yang lain.Wahai Tukang Masak Tough - pulanglah cepat. Jam tangan dan cincin blink-blink Bingbong dalam bilik kau. Dan Bingbong tidak mahu 'berbogel' begini lama-lama. Bukan dapat bayaran pun.Untuk kau - tolong baca sambil tutup mata. Pleashe.Bingbong malulah!!
No comments:
Post a Comment