Jun 22, 2011

Tiga Puluh Tahun Skala Satu Means Rahmat Dari Big Guy!


Upacara sambutan Hari Bapa tahun ini adalah yang pertama kali buat Bingbong.
Dan kerja Big Guy tidak perlu Bingbong persoalkan pun.
Maka, tahun pertama menyambut hari bapa - Big Guy kasi double joyous celebration. Hari Lahir sudah macam kongsi raya sama Hari Bapa.

Terus jadi lupa diri juga.
Pada usia 30 tahun dan 3 hari - baru mahu karang entri khas buat diri sendiri.

Ahad lepas - bangun tidur sahaja sudah dikerah makan sarapan ciptaan Uncle Ronald hidangan Puan Isteri.

Tengahari - terus tembak pergi ke Sungai Buloh mahu rasa Beryani Gam. Tidak mahulah ulas bukan-bukan. Rezeki Bug Guy sudah kasi - lepas burp! perlu ucap syukur juga walaupun dalam mode kecewa versi kecil.

Petang hari - berkumpul sama darah daging. Makan sate macam tidak pernah jumpa.

Sebelum tamat 'Its today my happy day' - Bingbong kasi tutup dengan tosei garing yang tidaklah garing sangat pun.

Kau baca sahaja sudah boleh simpul - apa-apa acara yang berkongsi akan berakhir dengan sessi makan-makan sepanjang hari.

Tinggal Bingbong tidak sarung baju melayu bersalut sampin sahaja.

Ucapan di FB juga tidak dapat ditepis lagi. Cuma satu ucapan datang daripada kenalan lama yang hampir menperdaya Bingbong sekali lalu.

Sejak bila Bingbong ada virtual friendship sama pemain bola. Kau tidak percaya?

Nama dia Waney Rooney!

Amacam? Ada rasa tertipu pada pandangan pertama?

Yes! I know. Very the tricky one

p/s: Antara chapter hidup Bingbong yang paling penting - saat Lil Messi ditarik keluar dari perut Puan Isteri. Dan doa Bingbong agar syurga menjadi habuan Puan Isteri!

1 comment:

  1. hubby shayang...terima kasih atas doa. doa syurga juga buat anda. semoga akan terus menjadi suami mithali :)

    ReplyDelete