Jun 27, 2011

Dejavu Kalau Versi Nightmare - Memang Betul-Betul Nightmare Lah!


Seawal 5 pagi hari Sabtu lepas - Bingbong jejak kaki di bumi sawah padi.

Baru sedap tidur 3 jam - Lil Messi kasi wake up call tepi telinga. Ini kau harus ambil peduli. Hal-hal tidur lambat memang kena bersedia untuk bangun awal juga.

Dalam biji mata ada rasa pedih-pedih, Bingbong gagahkan diri cuci gigi dan basuh muka.

Sudahnya - nasi lemak sebungkus campur pulut durian bersulam mempelam dan iringan cekodok pisang air tangan Puan Bonda.

Untuk rekod - ini semua Bingbong henyak sebelum mandi.

Waktu rembang sikit - Bingbong pergi jumpa tailor favorite. Mahu kasi ukur baju Melayu habuan Syawal akan datang. Sebab itu lah waktu meluncur di lebuhraya lurus itu hari - Bingbong tarik lagu 'wajik dan dodol' satu kali.

Ok Sudah!

Sampai sahaja - itu tailor cakap 'Oh! Baju color Ajijan'
Bingbong gelak nipis. Perihal warna baju Melayu pun mahu libatkan politik.

But I don't give a Fish.
Bila sampai bab ukur pinggang - Bingbong dengar angka 33!

Now I give a Fish!

Erghhh! Ini semua balasan barangkali.
Dan cerita bersiri Heroes pun sudah tidak in zaman sekarang.
Mana mungkin Bingbong mahu bertukar kepada Peter Beer-belly?

Erghhh!!!

Bingbong geram sangat!!!


No comments:

Post a Comment