Nov 13, 2010

Istinjak Bukan Option Yang Baik Ketika Itu !


Sudahnya Bingbong ambil masa yang lebih lama untuk kasi publish entri baru.

Lepas sahaja Lil Messi muncul - ada kisah bencana di kampung halaman pula.

Minggu lalu, Bingbong ambil keputusan pulang ke kampung sama 2 orang homie.

Bukan balik mahu makan segala.

Mahu banting tulang angkat perkakas rumah. Kasihan lah sama Encik Papa dan Puan Mama. Kederat mereka tidak seberapa pun.

Kau tahu Alor Star diserang banjir?

Mestilah tahu kerana Menteri Hawa sudah turun beri bantuan sambil dapat liputan satu Malaysia. Sempat beri komen negeri itu lagi bagus dari negeri ini.

Hey! Ini bukan masa mahu 'up' pasukan kau dol!

Sekarang masa untuk membantu.


Ada orang kata - ini semua kerja orang siam.

Pasukan bina gerabak kembar kena tempias juga.

Itu semua Bingbong tidak peduli pun.

Kalau air sudah naik paras dada - kau orang mahu tuding jari apahal?

Datang tolong lebih afdal - dapat pahala juga. Nama sahaja ada Afdal.

Damit betul lah!!!

p/s: mahu panjat rasa syukur juga kerana semuanya telah kembali seperti biasa


1 comment:

  1. bukan men marah bing bong ye. heheh dol tu sape? * maaf saya blur*

    ReplyDelete