Nov 20, 2010

Bila Cerita Berbaur Serius - Bingbong Publish Seperti Mahu Tidak Mahu. Tetapi Ini Entri Yang Boleh Tahan Ikhlas Daripada Bingbong!


Dalam banyak-banyak hal tentang dunia. Ada dua benda yang Bingbong pegang selain agama.

Yakni - Family dan friends.

Kau ingat pasukan Orang Kuning buat talian khas untuk friends and family sahaja-sahaja?

Ada sebab juga.

Lil Messi Bingbong anggap murah rezeki.

Pertama - Bingbong punya friends sudah bikin suprise sama si kecik ini dengan Maxi Cosi.

Bingbong memang rasa terharu. Sudahlah warna hitam kegemaran daddy si Lil Messi. Diberi beberapa jam selepas kelahiran beliau pula.

Waktu itu - mahu habiskan nescafe ais segelas pun macam susah.

Minggu lepas - family Bingbong pula kasi complete kereta Lil Messi.

FYI - Maxi Cosi adalah sejenis cabrio yang boleh dipadankan dengan stroller bernama Quinny Zapp.

Maka formula hal-hal penting dalam hidup Bingbong adalah:

Maxi Cosi Hitam + Quinny Zapp Merah = Doa Bingbong untuk kesejahteraan Family dan Friends.

Perihal ini Bingbong akan ingat sampai mati.

Dan kalau kau tidak tergolong dalam kumpulan ini - jangan berkecil hati lah.

Kau tetap boleh bertegur sapa dengan Bingbong.

Ini semua rezeki Lil Messi.

Dan doa Bingbong akan tetap ditujukan kepada kau juga - selagi kau saudara seagama.

Cuma mereka seperti di atas telah Bingbong tempatkan di satu ruang yang cosy dalam tubuh badan Bingbong - Hati! Ini sampai mati.

Entri ini juga untuk semua pemberian ikhlas serta sebagai tanda terima kasih Bingbong, Puan Isteri dan Lil Messi.

Moga berkat dan rahmat daripada Big Guy menjadi milik kamu juga.


1 comment: