Feb 7, 2011

Melayu Bukan Mudah Lupa. Melayu Dok Ingat Nama Sudah Tiada!!


Disebabkan ligamen lutut semakin kehausan.

Otot-otot betis dan tapak kaki seperti mogok juga.

Bingbong ambil hari ini sebagai hari baru boleh tulis entri.

9 jam punya pemanduan bukanlah sesuatu yang boleh kau banggakan pun.

Ia lebih kepada kegagalan meneka keadaan trafik di lebuh raya sahaja.

Kalau banyak complain pun tidak elok juga.

Jadi Bingbong redha.


FYI, sewaktu di tanah tumpahnya darah Bingbong - perkara yang Bingbong jangka telah berlaku tidak berlaku pula.

Setelah banyak kali mendapat 'Nama Tiada Dalam Rekod' - rupanya salah. Masih lagi berekod!

Ini Tabung Pinjam-Pinjam Mahu Belajar punya hal lah. Apabila buka Urusan Encik Seri Paduka sahaja.

Nah! RM puluh ribu juga.

Ini bukan lagi perihal lucky bastard.

Ia lebih kepada kegagalan meneka sistem rekod Tabung Pinjam-Pinjam Mahu Belajar.


Sebagai Bingbong, Bingbong ambil ini sebagai peringatan.

Kerana setiap ilmu yang Bingbong hadam - ada pakai wang mereka juga.

Dan setiap wang bulanan yang Bingbong terima - adalah hasil ilmu yang Bingbong jamah dan ada pakai wang mereka juga.

Maka formula begini adalah mudah.

Kau sudah ada anak bini.

Kau bagi mereka makan.

Kau buat tahi sama periuk orang - maka kau akan jamu mereka tahi lah. Isu riba tolak ke tepi. Itu antara mereka dengan Big Guy.

So, Bingbong akan cari masa untuk langsaikan segala piutang Bingbong sedikit demi sedikit.

Ingat!

Ini bukan kisah Kacang Lupakan Kulit - itu benda mengarut.

Ini lebih kepada tuntutan agama. Kau pandai sangat pinjam - kau kena pandai bayar.

You feel me?

Good!


3 comments:

  1. yes..feeling sesangat.
    Dats y i want our lil' baby to be debt free bila masuk bab education ni. nanti dia dah 6month kita masukkan dia insurans yang bila umur 18 taun dah boleh bawak keluar untuk tanggung cost belajar dia. yeay!
    atau ajar dia sampai pandai2 pastu dapat free scholarship. duit tu boleh buat beli keta kat dia.huhuhu :)

    ReplyDelete
  2. Plan cantik utk seorang anak. Bagaimana kalau ada penambahan anak-anak? kena plan tabung amanah insurans 3-4-5 punya potongan utk sebulan. Takpa rezki anak pasti ada. Insya Allah.

    Kak Jue
    -Nak anak belajaq buat soto dan lontong sebagai back-up plan for future.

    ReplyDelete
  3. hahaha. ajar anak2 buat soto n lontong pun ok juga.leh jadi pewaris bisnes maktok dia :)

    ReplyDelete