Feb 23, 2011

Ayuh Berkemas - Pungut Air Hujan Yang Berbentuk Emas!


Itu hari - kerja cetak-cetak jadi huru-hara.
Kelam kabut.
Jumlah tempahan dengan masa yang ada tidak masuk akal sangat pun.
Situasi ini akan bertukar tenang kalau kau banyak tangan.
Terus timbul rasa give up.
Bingbong seperti sudah fed up juga.
Paling kasihan - Encik Ketuhar. Dia yang tukang cetak. Premis sudah jadi macam 2nd home. Ada iras-iras Shah Rukh Khan. Bezanya cuma Shah Rukh Khan punya 2nd home - Kota Melaka.

Tetapi usaha-usaha terakhir Bingbong untuk berpaling tadah kepada kotaraya dusta seperti gagal.
Tuan Pengerusi langsung minta maaf sama Encik Papa. Untuk apa?
Kau jalankan kerja dengan betul - tidak perlu pun minta maaf segala. Bingbong redha sahaja. Kau pasti punya alasan kukuh untuk ini. Bingbong faham.
Dan kau bukan Big Guy mahu tentu hidup orang segala.
Bingbong sekali lagi faham.

Seperti kata-kata Encik Abang tempoh hari - migrate sahaja ke luar negara sebagai tanda merajuk dengan sistem negara.
Masuk akal juga.
Kerana Mykid yang Lil Messi dapat sepatah haram tidak praktikal pun.
Buang masa.
Masih perlu kendong kertas besar sebagai bukti.
Kau jangan tertipu juga. Cip yang mereka gelar itu adalah sandiwara.

Sepatah haram tidak praktikal pun.

1 comment:

  1. Penulisan kali ini sangat jujur dan bermakna. Kalau BingBong nak migrate pilih yg tiada gempa dan yg boleh ada farm untuk ternak biri-biri segala macam cowboy Melayu kat Australia tu, ternak lembu dan export ke Malaysia jua.. sabaq Dik, Big Guy ada rancangan buatmu dan semua yang dari Big Guy adalah yang baik belaka dan hikmahnya.

    Kak Jue

    ReplyDelete