skip to main |
skip to sidebar
Anggap Sahaja Ini Tektik Untuk Menjadi Daddy Mithali!
Sebagai seorang Daddy - Bingbong akan cuba untuk pulang seawal mungkin. Atau lebih mudah begini - pulang sebelum maghrib. Walaupun kadang-kadang adalah gagal juga. Tetapi hukum ini kau kena hadam.
Kenapa kena pulang awal kah?
Kerana:
1. Dalam rumah sudah ada Lil Messi dan Bingbong tidak mahu bawa pulang anasir-anasir luar.
2. Bingbong mahu buang penat lesi dengan bermain bersama Lil Messi - ini memang mujarab. Kau patut cuba.
Tetapi jika kau pulang awal sekalipun tanpa bayang-bayang si kecil di rumah - maka makin penat lah.
Bagi menambah lelah kau untuk hari itu - kau belum sempat bermain pun - si kecil sudah tidur pula.
Nah!
Tambahan pula dalam mulut kau ada ulser. Mahu makan pun perlu adjust mulut herot-petot.
Sekian, Terima Kasih.
Moga esok hari Bingbong masih ada umur.
Please Big Guy Please!!
No comments:
Post a Comment