skip to main |
skip to sidebar
Saat Itu Mungkin Akan Datang - Jika Umur Kita Semua Panjang!!
Maka berakhirlah pembawakan budak versi sepak-sepak bola buat Bingbong.
Dan Syaitan bolasepak tidak begitu kejam untuk edisi kali ini.
Mungkin dibawa ke hadapan gamaknya.
Tidak apa. Biarlah begitu.
Dia demam barangkali. Kalau demam campak, boleh Bingbong pos daun mambu juga.
Jika kau masih ada hati mahu pekik lolong - teruskan.
Bingbong sudah tiada hati.
Walaupun ada sikit-sikit rasa mahu tiup vuvuzela untuk Espana.
Tetapi rasa sudah lain macam lah.
Sokong pasukan utama dengan pasukan alternatif macam kau mahu makan ayam goreng tetapi dapat telur ayam goreng.
Sudahlah.
Bingbong tidak mahu cakap apa-apa lagi.
Cuma terkilan tidak dapat lihat Abang Diego bogel-bogel sahaja.
Mungkin ada uban sama macam jambang dan bulu muka beliau bukan?
Entahlah!
aloloo..kasihan dia..sabaq noh
ReplyDeletetapi semalam tengok juga uruk-hai beraksi.huhu ;p