Apr 19, 2010

Taktikal Menangis Boleh Dianggap 'Cara Halus' Zaman Moden!


Dude!

Sudah-sudah lah dengan aksi air mata.

Bingbong penat!

Penat sama sandiwara televisyen.

Mahu jawab pertanyaan hos pun mahu sebak-sebak. Mahu menyanyi pun perlu berendam air mata. Kau simpanlah air mata untuk something more important. Tidak perlulah Bingbong cakap tentang itu. Big Guy pasti ada rencana untuk setiap daripada kita.

Paling tidak boleh tahan - bila Encik Calon mahu keluarkan air mata juga.

Konon selami masalah manusia segala. Semua sudah tahu yang pasukan kau adalah pasukan berbelit-belit. Kalau jumpa kau sama ular - kami ketuk kau dahulu.

Got it?

Come on dude! U were trying too hard.

Saluran televisyen sekarang sudah menjadi medan tunjuk-tunjuk rasa hati. Menjadi medium baru mahu beritahu satu negara yang kau sedang bersedih. Menghayati apa sahaja yang kau sedang hadapi.

Sudahnya kau bikin janji-janji palsu.

Ini semua taktik mahu kaut pengaruh punya hal lah ni. Baik program nyanyi-nyanyi tidak seberapa atau hakikat mahu dapat kuasa.

Bezanya cuma modus operandi sahaja.

Satu pakai SMS dan satu lagi pakai pangkah-pangkah.

Jangan harap Bingbong mahu terlibat dalam kedua-duanya.

Lebih baik Bingbong main Galacticos sama Fantasy Football.

Biarpun melibatkan emosi - Bingbong tidak panggil orang media kasi rakam pun!


No comments:

Post a Comment