Apr 29, 2010

Bingbong Masih Punya Touch Yang Sama Dalam Hal Buat Kopi. One word to describe - Yummy!!


Sekarang jam 2.08 pagi seperti yang tercatat pada skrin komputer riba Bingbong.

Apa Bingbong buat pada waktu-waktu genting begini dengan ditemani secangkir kopi buatan sendiri?

Maaf! Puan Isteri sedang enak beradu lah. Nanti kalau kejut mahu dia mamai sambil terus solat Subuh pula.

Biarkan dia tidur bersama benih cinta :)

Ok?

Bingbong sedang teguk kopi sekarang. Perlu ambil tenaga juga.

Untuk habiskan kerja-kerja translasi aka terjemahan.

Bukannya tonton laman web tidak elok secara percuma seperti yang kau tengah fikir right now.

Hishh!!


Kau jangan cepat sangat buruk sangka lah kawan.


Maka Bingbong ambil inisiatif untuk kasi karang satu entri sebelum sambung bekerja.

Mujurlah mereka ini banyak urusan tentang kereta-kereta sahaja.

Dan cerita mereka kebanyakannya adalah seperti sama.

Kalau kau ada baca brochure hal-hal kereta - terus sahaja kenang Bingbong walaupun mungkin tiada kena mengena.

Tahu?


Esok ada temujanji sama pelanggan cetak-cetak baju.

Tekalah jam berapa?

Bagus!

Jam 2pm.

Bagus sekali lagi.


No comments:

Post a Comment