Feb 18, 2010

Pusat Bahasa Vs Pusat Sukan - Moga Kau Ambil Peduli Hal Remeh Juga !


Bingbong bukan marah tetapi geram sikit-sikit juga.

Cuba kau bayangkan. Sekejap sahaja.

Mereka seperti sebuah program sukan yang terbaik di dunia.

Dan akibat mahu tunjuk yang mereka prihatin dengan orang-orang Nusantara khususnya Malaysia - maka terbitlah program ini dalam bahasa ibunda Bingbong.

Kau harus puji juga tetapi mereka harus buat bersungguh-sungguh lah.

Apa ni weh?

Midfielder janganlah sampai kau terjemah jadi pemain pertengahan.

Ini baru satu. Jika kau rasa Bingbong cuba tabur pasir dalam periuk nasi mereka - kau get ready jam 7pm dengan siaran 812 di kaca televisyen. Ulangan jam 10pm maybe. Check lah sendiri.

Bingbong tahu pejabat mereka berpengkalan di Singapura. janganlah berpura-pura tidak tahu berbahasa Malaysia. Nanti Dato' Seri Bahasa Melayu marah bagaimana?

Sudahlah. Jika mereka berpengkalan di Kuala Lumpur - mahu juga Bingbong apply kerja sama mereka. Biar sedap sedikit gegendang telinga.

Ini di Temasek sana. Puan Isteri bagaimana?

Mahu tidur bertemankan Paralysis Phenomenon pula.

Kasihan Puan Isteri :(


"Ini Sport Center Anda" - berlatih sign off *mudahan dapat kerja dengan mereka

4 comments:

  1. berapa aksara nih?hehehe. ;p
    dorang kena lebih menuntut ilmu bahasa melayu rasmi dengan DBP nih. kita pun tak la sakit telinga sangat kan?huhuhu.

    ReplyDelete
  2. hey bingbong, dia mau suruh kau pegi apply la tu. jgn tgu sampai telinga bernanah ok.. pemain pertengahan mungkin merujuk midfielder yg agak berumur..

    ReplyDelete
  3. bade..kalau andy johnson yang muda riang ria tu dikira agak berumur - gua serender!huhu

    ReplyDelete
  4. muka xde hal la, drpd pmpn yg bace tu, yg nama nk ckp india bkn melayu bukan, serani kot.. ckp sportcenter dalam bahasa yang anda suka..wat? baik lu apply je sblm semua orang kt malaysia stop minat sukan dan tgk TV pendidikan je..

    ReplyDelete