Nov 16, 2009

Bingbong Mahu Kiamatkan USA Sebelum 2012 - Damn You!!!


Terpanggil dengan kedudukan carta filem di USA semasa menyelak akhbar tengahari Malaysia sebentar tadi, maka Bingbong mahu kasi review walaupun belum tonton filem ini pun.

Mengambil kira daripada sudut hiburan dan industri perfileman, filem 2012 merupakan filem yang tidak rugi jika ditonton 2 kali di pawagam berdekatan rumah kau. Ini semua hasil komen kawan-kawan yang pulang awal pagi setelah selesai menonton filem ini tempoh hari.

Acara menonton filem beramai-ramai telah ditolak akibat beberapa perkara juga. Usahlah Bingbong utarakan perkara-perkara itu. Tambahan pula folder Movie di dalam external harddisk Bingbong telah pun mengandungi filem yang bertajuk 2012 ini. Cukup sekadar menonton di laptop sahaja - ini gesaan hati Bingbong lah.

Maka awal pagi itu - Bingbong pun menonton filem yang digembar-gemburkan sentuhan kesan grafiknya yang meletup. Kononnya mahu menonton bersama mereka tetapi versi telepati. Esok bolehlah bercerita gila segala.

30 minit berlalu - kesan bunyi dan grafik macam celaka. Bingbong pujuk hati. Masih awal barangkali. Berkisahkan kaum kalendar kaum Mayan, watak-watak dalam filem ini tampak underdog. Mungkin bakat mereka terlalu besar untuk ditolak oleh Sang Pengarah.

Ermm.Bingbong tunggu.

Lokasi cerita bertukar-tukar dari San Diego ke Mexico. Panggilan Si Anak kepada Si Bapa. Serta sebiji Salib bersalut emas yang menjadi plot utama.

Bingbong tunggu lagi.

Sedar-sedar, Bingbong sudah terlepas solat Subuh. Skrin laptop sudah gelap. Filem tadi sudah tamat. Bingbong tewas dengan nafsu tidur.

Esoknya Bingbong jumpa kawan-kawan dan satu benda cukup untuk membuatkan Bingbong rasa tertipu. Jangkamasa filem mereka adalah 2jam 30 minit. Dan Bingbong semak filem 2012 yang Bingbong tonton; 1jam 25minit.

Babi!

Ini memang bukan filem yang digembar-gembur masa kini. Kesan grafik Hari Kiamatnya sekadar keratan atlas yang diratakan dengan lampu-lampu di seluruh benua dipadamkan begitu sahaja. WTF?? Macam haram.

Bingbong bukan apa - cuma mahu jimat-cermat sahaja.

Mat Saleh memang celaka. Suka tipu kita semua yang berlainan benua.

Kawan Bingbong mahu ke New York dan mahu pesan baju i
NY dan mahu bakar depan embassy USA.

Baru tau!!!



1 comment: